eefrwef

5 Persediaan Hari Raya Untuk Pelajar Tahun 2017!

Bila dah masuk bulan puasa ni, ramai yang tengah bersedia untuk hari raya. Kalau hari raya je mesti shopping mall semua penuh, ada yang nak cari ini itu, ke saje jalan-jalan waktu bulan puasa ni. Raya ni banyak yang nak disediakan sebenarnya. Apakah yang anda perlu sediakan untuk raya selalunya? Makanan? Pakaian? Ke ada yang bersedia nak masuk meminang? Selalunya ramai yang excited nak sediakan lemang dan ketupat, kalau bukan sediakan pun, excited nak membeli dan merasa semasa raya kan?

1. Baju Raya

Yang ni memang wajib la, baju raya baru setiap tahun dan sedondon dengan satu keluarga untuk raya pertama. Tak kisah lah lelaki ke perempuan ke, mesti akan membeli baju baru atau kasut baru untuk raya. Yang perempuan tu lagilah, kasut baru, beg baru, tudung baru, baju baru, kain baru! Ni untuk raya pertama je, raya kedua lagi? Hahaha gurau je! Tak semua macam ni, ada je yang setakat beli baju baru dah cukup. Sebab dia? Jom baca nombor 2.

2. Masuk dapur

Kaum hawa ni kalau raya je mesti masuk dapur kan? Nak buat kuih la, nak masak ini la itu la, nak buat air la. Kerja kat dapur ni tak pandai habis dari bulan puasa hingga la ke hari raya, ni la sebab ada kaum hawa yang setakat beli baju raya je dah cukup sebab nanti dia akan sibuk kat dalam dapur. Takde masa lah nak berlawa-lawa, apa lagi bila buat rumah terbuka sendiri. Sibuk tu, tuan rumah je yang tahu perit nak sediakan semua.

3. Turun naik tangga

Yang lelaki pula akan sibuk turun naik tangga, nanti mak akan bising kena turunkan langsir baru, pasang langsir baru. Lepas tu kalau langsir tu simple je takpe la, ni ada terbelit sana sini, berat lagi. Lepas tukar langsir kena tolong angkat barang-barang lagi. Kadang-kadang ada yang gerakkan perabot lagi, nak tukar arrangement la. Penat tau buat kerja berat macam ni.

4. Balik kampung

Siapa yang dah bersedia nak balik kampung??!! Dah siap packing semua baju-baju dan barangan yang diperlukan untuk balik kampung. Kereta pun dah servis dan check. Waze pun dah letak jadual nak jalan. Kad TouchNGo pun dah topup kan? CD raya atau USB yang penuh dengan lagu raya pun dah tersediakan? Ke ada lagi yang tak bersedia? Dah nak dekat raya ni!

5. Bersedia nak duduk paper

Ni persediaan yang paling sedih sekali. Siapa yang tengah bersedia nak duduk paper? Ada yang paper sebelum raya ada pula yang paper lepas raya. Sedih nye korang. Dengar kata pelajar UiTM yang selalu kena ni kan? Siapa yang kena bersedia untuk duduk paper tu jangan lupa komen kat FB! Kesian kat korang tapi sorry tau, saya gelak juga la….

You may also like

Kat

Meow.

One thought on “5 Persediaan Hari Raya Untuk Pelajar Tahun 2017!

Comments are closed.