untitled-design-33

Misteri Realiti Hidup Sebenar di Dalam Asrama/Hostel/Kolej UiTM

Ada tak yang akan masuk UiTM hari Isnin ini? Ke ada yang dah dalam UiTM? Nak tau tak macamana duduk di kolej(kat UiTM hostel ataupun asrama kitarong panggil kolej) UiTM? Ni dari experience sendiri tau dan mungkin bukan semua kampus UiTM sama tapi untuk budak-budak  lendu, have fun kat lendu walaupun takde senior diploma kat sana (Takde la yang panggil korang anjing kan hahaha bergurau je tau! Budaya senior panggil junior anjing dah makin pupus, tapi tak boleh la nak janji mulut orang lain)

Siapa yang dapat kolej baru tu, bertuah wei korang. Kolej baru ni best sebab tempat tu masih bersih dan takde katil double. Yang lagi bertuah bila kolej baru tu ada meja belajar kat dalam bilik dan bukan di luar! Ni  nak belanja sedikit gambar kolej baru yang ada di UiTM. Contohnya macam kolej Tun Sabariah di Universiti Teknologi Mara Kampus Alor Gajah atau lebih popular sebagai UiTM Lendu dan juga UiTM Dengkil yang baru tersangat baru.

Ini adalah antara kolej baharu yang ada dalam UiTM, tak pasti ni kolej mana tapi design untuk kolej baharu agak sama. Contohnya, seperti apartment dengan bilik tidur, tandas, ruang tamu dan dapur. Ada kolej yang agak kecil dan ruang belajar akan berada di ruang tamu manakala ada bilik yang luas dan mempunyai meja belajar di bilik.

Untuk UiTM Lendu,  selalunya pelajar hanya dibenarkan untuk membawa 2 extension di satu bilik. Selain itu, pada minggu pertama anda perlu membuat pendaftaran di unit kolej anda mengenai barangan elektrik yang anda bawa serta keadaan bilik anda. Pastikan anda benar-benar memeriksa bilik anda kerana anda akan membuat pendaftaran keluar dan jika berlaku sebarang kerosakan anda perlu membayar untuk kerosakan! Walaupun selalunya tak perlu tetapi baru-baru ini ramai yang kena.

Sesiapa yang risau tidak mempunyai tempat mencuci pakaian, selalunya dopi akan berada di level bawah dan di sebelah dopi akan terdapat tempat mengambil air. Bawa botol besar! atau beli mineral 1.5l dan simpan botol anda untuk diisi semula. Jimat!

Ni contoh bilik dobi yang akan anda di kolej anda. Siapa yang nak cuci baju tu kena tau bila bilik dobi tu akan penuh sebab taknak lah duduk dalam bilik dobi sejam dua jam untuk tunggu giliran kan. Kalau duduk kat kolej ni memang kena bersabar sebab anda berkongsi dengan pelajar lain.

Mesti ada yang takut nak duduk kolej kan? Rindu parents la, homesick la. Macamana agaknya kehidupan di kolej UiTM ni kan? Best ke tak best?

Sebenarnya Duduk Kolej Ni Best Sebab

1. Kawan-kawan

Ni selalunya yang paling penting untuk pelajar di universiti disebabkan mereka tidak bersama-sama dengan keluarga mereka dan kawan-kawan menjadi orang yang mereka paling rapat di universiti. Tambah lagi bila perlu buat assignment sama-sama dan semua duduk berdekatan, bagus kan? Asalkan assignment jalan je la.

2. Murah

Duduk di kolej selalunya lebih murah berbanding duduk di luar. Lagipun kat dalam kampus ada cafe dan makanan di cafe selalunya lebih murah. Anda juga tidak memerlukan kenderaan apabila anda duduk dalam kampus (tapi kat lendu dan shah alam perlu kot sebab kampus dia memang besar dan fakulti jauh dari kolej.)

3. Selamat

gate-b-uitm-arau

Mungkin banyak yang dengar gossip hantu di kampus UiTM kan? Takyah takut lah, jika anda takut memang benda tu akan mengacau anda. Duduk dalam universiti ni lebih selamat daripada duduk luar, ye mungkin ada kes kecurian sekali dua kali tapi jika dibandingkan sekuriti duduk di luar dan duduk dalam, mana agaknya yang lebih selamat?

4. Mudah

Duduk dalam kampus ni amat mudah sebab anda mempunyai pelbagai kemudahan berdekatan. Contohnya, ada cafe berdekatan, ada kedai runcit yang ada hampir semuanya dan banyak lagi! (Bergantung dengan kampus tau!) Lagi best adalah mudah nak gi kelas. Kelas dekat je dengan kolej jadi boleh lah bangun lambat!

Yang tak bestnya bila duduk dalam kampus ni…

1. Bising

Memang tak dinafikan duduk dalam kampus selalunya kolej ni akan menjadi riuh dengan kawan-kawan, kawan bilik sebelah, kawan sama level, kawan kelas dan banyak lagi. Tambah lagi bila semua takde kerja dan duduk berkumpul dengan kawan-kawan mereka….Bising wei…. Ni dari experience sendiri tau tapi tak tau la semester inter-apa ni.

2. Pakaian

Duduk kat dalam UiTM ni kena jaga pakaian. Kadang-kadang pb agak tegas, tak boleh pakai selipar, tak boleh ini, tak boleh itu. Seluar tak ketat pun akan dikatakan ketat kadang-kadang. Tengah makan kat caafe pun boleh tiba-tiba datang tegur.

3. Tandas

Tandas kat dalam kampus ni memang kena kongsi. Ada yang kongsi satu level, ada yang kongsi satu rumah. Kadang-kadang ada spesies yang penggotor dan pemalas yang tidak menjaga kebersihan tandas. Ni yang menyirap ni. Masuk-masuk tandas lepas tu tandas tak flush, ada benda tah pape kat dalam mangkuk tandas. Memang kena marah lah. Jika benda ni berlaku, report terus! Tandas kongsi, bilik mandi pun kena la kongsi. Kena tunggu giliran nak mandi bila masa bilik mandi penuh tu hmmm, lepas tu ada yang baru datang dah potong masuk bilik mandi dulu. Apa lah. Kena banyak bersabar.

4. Bosan

Duduk dalam kampus ni memang bosan lah hahaha, ni tak boleh buat apa-apa. Takde wifi, takde tv, takde apa-apa. Bergantung dengan kawan-kawan dan handphone je la nak buang bosan. Bila data dah takde tu yang lagi bosan di bilik. Siapa yang rajin boleh lah keluar kampus hari sabtu dan ahad (tapi nanti kering lah pulak hahaha.)

Yang nak duduk kat luar, duduklah dalam kampus! Sekurang-kurangnya untuk 1 semester!

Kat

Don't touch me